Sunday, July 26, 2009

Teknologi merangsang kehidupan manusia hari ini. berikan pendapat kamu.

Apa itu teknologi? Teknologi itu ialah aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain lagi. Teknologi juga menimbulkan perkembangan dalam kehidupan dalam seseorang individu, ahli kumpulan dan masyarakat. Namun terdapat individu yang menyalah gunakan teknologi.

Internet. Internet adalah salah satu tenologi yang dapat memberikan sebarang maklumat yang kita perlukan di mana ramai orang menyalah gunakannya. Bukan seperti mana kita fikirkan, internet boleh membawa keburukkan kepada diri kita apabila kita ke lelaman yang kita tidak seharusnya melungsuri.

Famili yang akrab pada hari ini jarang kita menemui. Ia berlaku apabila kita seorang ahli keluarga mula melakukan hal sendiri apabila teknologi semakin maju. Seperti menghabiskan masa bermain komputer ataupun alat permainan elektronik. Sebelum keakraban keluarga musnah, kita boleh melakukan sesuatu.

Apakah perkara yang terkecil boleh kita melakukan demi kebaikkan dan keakraban keluarga? Dari segi individu, kita boleh bertindak lebih lagi bertanggungjawab seperti elakkan ke lelaman yang tidak senonoh kerana ia boleh menybabkan diri kita menjadi tidak stabil keran terlalu berobsesi dengan perkara sebegini.Apakah pula boleh ahli-ahli keluarga melakukan demi keakraban? Keluarga boleh memanggil semua ahli-ahli keluarga untuk menonton televisyen bersama. Dengan teknologi jugan kita boleh menemukan kemesraan keluarga.

Sunday, February 8, 2009

melestarikan budaya warisan bangsa

Remaja hari ini masih ingin mengekalkan budaya warisan bangsa melayu. Berikan pendapat kamu.

Budaya itu merupakan kata jamak bagi budi pekerti dan akal. Warisan pula merupakan peninggal yang diturunkan daripada generasi yang terdahulu sesebuah bangsa. Esei ini akan membincangkan bagaimana budaya itu dapat dilestarikan. Budaya yang akan diketengahkan dari segi kesenian, peradaban dan bahasa.

Setiap golongan orang mempunyai budaya sendiri baik melayu, cina, india ataupun yang tinggal di barat. Kita sebagai orang melayu harus bertanggungjawab dengan budaya kita sendiri. Kalau asyik ikut saja dengan budaya orang lain, lama-lama budaya melayu akan hilang dengan begitu saja kerana sudah tidak ada orang lagi yang ingin mengikut budaya sendiri.

Dari segi kesenian, ada dua perkara akan di bincangkan. Pertama tentang seni silat. Di pesta pernikahan, selalunya, apabila pengantin sendang bersanding, beberapa orang akan buka silat dihadapan pengantin lalu akan bersalaman dengan mereka. Bukan saja di pesta pernikahan, tetapi, zaman sekarang mereka akan mengadakan pertandingan silat. Dari situ, seni silat akan dinaikkan kepada ramai rakyat.

Kedua, tarian. Tarian adalah perkara yang biasa bagi golongan remaja zaman sekarang. Di sekolah-sekolah terdapat di Singapura, kebanyakan antara sekolah-sekolah ini akan mengadakan aktiviti korikulum tarian ala melayu.

Dari segi peradaban pula, orang melayu akan kunjung mengunjung kerumah-rumah sanak saudaranya di hari raya. Ini sudah menjadi kebiasaan orang melayu apabila hari raya menjelang. Sudah menjadi budaya kami untuk membuat kuih-muih untuk menghiaskan lagi suasana hari raya kita.

Hormat pada orang yang lebih tua daripada kami juga sudah menjadi budaya kami sebagai orang melayu. Apabila kami bertemu, kami akan mersalaman dengan mereka yang lebih tua untuk menunjukkan kehormatan kita kepada mereka. Ada lagi cara-cara lain yang boleh kita tunjukkan kehormatan kita kepada yang lebih tua daripada kita seperti kita harus menundukkan diri apabila kita ingin berlalu dihadapan mereka.

Begitulah cara-cara untuk melestarikan budaya warisan bangsa.

Tuesday, January 27, 2009

erti persahabatan

Apa itu erti persahabatan? Apakah yang melintas di fikiran anda jika anda dipersoalkan tentang erti persahabatan? Pada pendapat saya,definisi bagi erti persahabatan ialah seorang sahabat yang memahami kita, yang menharapkan keiklasan dan terutamakalinya ialah kejujuran. Seorang sahabat yang baik haruslah jujur pada seseoarang. Jika kita dapat jujur kepada semua orang, baru kita boleh diberikan nama sahabat yang setia.

Untuk membuktikan sama ada kita adalah seorang sahabat yang baik, terdapat langkah-langkah yang dapat kami membuktikannya. Sebagai seorang sahabat yang baik dan setia, kita harus memahami latar belakangnya supaya kita tidak akan meminta sesuatu yang melintas batasannya seperti mendesaknya untuk makan di luar sering ataupun mendesaknya untuk membeli sesuatu yang tidak mampu baginya.

Seorang sahabat yang baik juga akan selalu berada disampingnya jika rakannya memerlukan seseorang untuk menemaninya jika beliau sedang dalam kesusahan ataupun kesulitan. Contohnya jika seseorang hampir-hampir membunuh diri kerana tidak tahan lagi untuk hidup, seorang sahabat yang baik harus memberikan nasihat agar rakannya itu tidak akan membuat kerja-kerja yang dosa itu.

Saya setuju jika ada orang yang mengatakan bahawa tidak semua masalah boleh seorang sahabat untuk menylesaikan. Contohnya jika rakan anda ditahan kerana dituduh mencuri dan melarikan diri, sembunyi di rumah anda. Apakah yang dapat seorang sahabat yang baik melakukan? Adakah beliau akan mendiamkan diri dan berpura-pura seakan-akan beliau tidak tahu apa-apa? Seorang sahabat yang baik akan ke balai polis supaya rakannya itu ditangkap. Adakah tindakan itu salah ataupun yang biasa orang memanggilnya itu, menikam dari belakang? Tidak, sahabatnya berbuat sedemikian itu kerana untuk menyadarkan temannya itu bahawa perbuatan memcuri itu salah dan ini mendatangkan perngorbanan.

Pengorbanan juga harus ada di kamus persahabatan yang baik kerana jika tidak ada yang ingin mengorbankan sesuatu maka dari itu, pertengkaran bermula. Contohnya Siti dan Tey ialah sahabat yang amat baik dimata orang. Beliau memjalani hubungan persahabatan ini sejak kecik lagi. Pada suatu hari bila mereka sudah dewasa, mereka jatuh cinta pada orang yang sama. Bagaiman dapat sahabat ini menylesaikan masalah ini? Ya tentunya salah satu dari mereka harus berkorban untuk merelakan sahabatnya itu mencintainya.

Sampai di sini saja saya menamatkan definisi saya untuk tajuk karangan saya pada hari ini.

Tuesday, August 12, 2008

Cara-cara menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab

Bagaimana kami dapat menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab? Salah satu faktor ialah remaja-remaja zaman sekarang akan ke lelaman yang tidak senonoh mugnkin kerana nafsu. Terdapat banyak lelaman-lelaman yang tidak dikehendaki remaja untuk melungsurinya.

Zaman sekarang ini ialah zaman moden. Apa saja yang diinginkan boleh terdapat di lelaman internet dengan cara apapun.

Ada juga lelaman yang ibu bapa tidak inginkan anak mereka melungsuri, seperti ‘Friendster’ ataupun ‘MSN’. Lelaman –lelaman tersebut dapatkan kami berkomunikasi dengan orang yang kami tidak kenali. Ini sungguh berbahaya kerana orang itu adalah orang asing, Kami tidak kenal asal usulnya dan kami berkomunikasi melalui internet?

Terdapat banyak kes-kes menipu di internet berlaku pada tahun ini. Salah satunya ialah mendapat hadiah percuma apabila melungsuri ke halaman yang berbahaya. Mereka akan memicit butang yang mengatakan ‘ Anda telah menang!’. Padahal butang itu mengandungi virus yang boleh merosakkan fungsi-fungsi di dalam komputer kami.

Ini adalah satu masalah yang sering remaja ataupun pengguna-pengguna lain menghadapi. Selalu akan curiga dengan butang-butang yang menarik perhatian mereka.

Bagaimana kami dapat mengelakkan masalah sebergini?

Pastikan ibu-bapa anda ada disampingan anda, tanya soalan jika tidak pasti akan sesuatu. Jangan menerima sembaran hadiah ataupun pertemuan melalui internet . Dengan cara ini, kita boleh menylamat diri kita dan juga komputer kita.

Friday, July 25, 2008

yuk tengok gambar!





di sini terdapat gambar-gambar tentang gasing dan congkak.

Sunday, July 20, 2008

Cara memain gasing

Melilit tali
Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.
Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

Melilit gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing.
Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

Memusing gasing
Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.
Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.

Memangkah gasing
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

Pangkah totok
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

Pangkah hentak
Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.

Pangkah layang
Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

Pangkah tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

Mengangkat gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.

Asas Permainan

Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".


url: http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak

Tuesday, July 15, 2008

sejarah tentang congkak


Congkak adalah permainan rakyat yang sudah berkembang cukup lama di kawasan Melayu dengan sebutan yang berbeda-beda. Di Malaysia dan beberapa daerah di Kepulauan Rian dikenali dengan Congkak, di Filipina disebut 'sungka', di Sulawesi disebut 'makaotan', 'maggaleceng', 'aggalacang' dan 'nogarata'. Ada juga yang menyebutnya congkak, seperti daerah-daerah yang ada di pulau Jawa.

Congkak berasal dari Timur Tengah, yang menyebar di Asia Tengara, terutama di kerajaan Melaka melalui dunia perdangangan. Permainan ini berkembang pada masa kesultanan Melaka pada abad ke-15, yang dimainkan oleh keluarga istana, seperti putri-putri raja. Dalam perkembangannya, congkak sudah mulai dikenal di daerah Tanjung Pinang pada awal abad ke-17 sampai 18M.

sejarah tentang gasing


Kini permainan gasing tidak begitu mendapat tempat seperti permainan lain yang diperkenalkan oleh penjajah. Pemain dan peminat permainan gasing mula memikirkan cara untuk menyebarkan permainan ini secara meluas dan menyeluruh. Peristiwa ini bermula pada 16 April 1971 dalam Kongres Kebudayaan Malaysia Pertama yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah tentang pertukangan wau, gasing dan patung wayang kulit. yang dibentangkan oleh Tan Sri Datuk Haji Mubin Sheppard. Terlalu sedikit hal tentang gasing sebenarnya merupakan permainan yang terkenal di kalangan orang Melayu sejak zaman dahulu.

Ekoran kongres itu, beberapa orang peminat dan penyokong permainan ini dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (kini Kementerian Belia dan Sukan) telah berusaha menganjurkan Seminar Undang-Undang Permainan Gasing yang bertempat di Sekolah Dato' Seri Amar Diraja, Muar, Johor. Tujuan seminar ini ialah untuk menyatu dan mencari persamaan terhadap beberapa masalah permainan gasing. Pada peringkat awal perbincangan ini beberapa negeri telah membantah dan tidak menerima resolusi ini kerana mereka tidak mahu menukar bentuk dan peraturan gasing yang dihasilkan.

Sebagai langkah awal dalam melaksanakan amalan permainan bersama, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 23 September 1972 iaitu kira-kira lima bulan selepas seminar Penyatuan Undang-undang Gasing dibentuk di Muar. Mesyuarat pertama yang diadakan di Rumah Persinggahan Melaka akhirnya bersetuju untuk mencuba peraturan yang telah digubal. Langkah ini telah dilaksanakan pada 5 Ogos 1973 dalam pertandingangasing di negeri Melaka yang disertai oleh tiga buah negeri.

Kemudian dua mesyuarat penyelaras lagi telah dibentuk,iaitu di Wisma Belia, Kuala Lumpur pada 10 Februari 1974 dan di Bangunan Majlis Perbandaran Johor Bahru, Johor pada 10 Julai 1974. Cadangan menubuhkan Lembaga Pengadil Gasing telah dibuat dalam mesyuarat penyelaras kali ketiga pada 20 Mei 1975, di Wisma Belia. Majlis penubuhan Lembaga Pengadil Gasing telah berlangsung di Pejabat Daerah Kelang pada 20 Jun 1975. Bersamaan penubuhan ini juga telah diadakan diadakan perbincangan tentang penubuhan Persekutuan Gasing Malaysia. Pada 5 Disember 1977, Persekutuan Gasing Malaysia telah ditubuhkan dan didaftarkan di Melaka setelah melalui beberapa perbincangan.

url: http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing/permainangasingmasakini.htm

Tuesday, July 8, 2008

cara-cara bermain congkak

  • Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
  • Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
  • Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
  • Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
  • Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.

congkak

kajian tentang congkak



Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".




Monday, June 30, 2008

Gasing.
Kajian tentang gasing.

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Saturday, June 28, 2008

perasaan dan reaksi


Saya sungguh kagum dan bangga dengan industri melayu kerana mengadakan program atau aktiviti seperti ini. Dengan cara ini, kita boleh merapatkan kaum melayu. Mengadakan pertandingan seperti ini, kami sebagai kaum melayu dapat mangembalikan kenangan silam seperti permainan zaman dahulu. Contoh dari permainan itu ialah congkak. Saya telah membuat keputusan untuk mengambil congkak dan gasing sebagai topik. Memang agak sukar bagi saya untuk menghabiskan projek ini dalam waktu sebulan, tetapi saya yakin jika saya berbuat bertukus-lumus, saya boleh berjaya.

Bagaimana saya akan melakukan untuk memulakan blog pertama saya?


  • Saya akan melungsuri lelaman internet untuk mencari informasi tentang topik saya.

  • Akan ke perpustakaan untuk mencari lebih tentangnya kerana di internet saja, tidak bayak informasi boleh kami dapatkan.
Elegi Sepi - Azharina Azhar